Monday 5 October 2015

Asal usul Buah Kelapa Laut





Nama sciencific atau nama botanikal Pokok Buah Kelapa Laut ialah Borassus flabellifera. 
Kelapa laut sebenarnya mempunyai nilai komersil yang tinggi. 
Pokok kelapa laut terdapat di India, Myanmar,dan Thailand.
Kelapa laut banyak ditanam di kawasan tepi sawah padi. Pokok kelapa laut sebenarnya mempunyai nilai komersil yang tinggi. Nira yang boleh diperolehi dari pokok ini boleh dibuat gula ataupun todi. Daun tal banyak digunakan sebagai tempat menulis sebelum         kertas dicipta. Daun kelapa laut juga boleh digunakan untuk membuat kipas, atap rumah, tikar, topi, beg dan bakul.


Beberapa bahagian pokok ini boleh melawaskan kencing di berbagai negara, di Kemboja orang menggunakan bahagian batang daun, di jawa pula bahagian jambak bunga jantan, di India bahagian unbu
t dan akar. Buah kelapa laut muda yang dicampur dengan bahan tertentu dijadikan ubat jika seseorang mempunyai banyak hingus. Buah tal dihancurkan dan cecair di perah keluar digunakan untuk mengubati bisul sering digunakan di Laos. Penggunaan pokok kelapa laut dalam perubatan memang telah diakui keberkesanannya. Selain pokok kelapa laut spesis pokok kelapa yang lain juga banyak mengandungi khasiat untuk merawat pelbagai penyakit.




Sunday 4 October 2015

Gambar kelapa laut selepas dibuang kulit








Haaaaa........ ni lahhh ghupe buah kelapa laut yg sebenar nyeee... tak mcm buah kelapa biasa tauuuu..
saiz dia pun,lebih kecil dari buah kelapa biasa yg hijau tuuu..
haaa,sebelum lupe nak gtau ni..orang kate,buah ni kalau dah jatuh dari pokok,dah tak elok nak mkn..
ammm ammm ammmm...tak tahu lahh sahih kee tak fakta org kate tuu..hehee..
bagi cik coconut tea lahh kann, saya check dulu kalau dah jatuh..agk2 elok dan tak busuk tuu,ape lg..bedall jela labu....hehehehehe
terpulang pada individu yee..cik tea nii mmg tak kisah org nyee,janji ok,kitee on sajee..kikikiki






alloooo2....hui2...haaa...ni plak selepas kulit buah kelapa laut yg hitam2 tuu,dah kopek..
aloorrr comell jee buah dia kann...saiz lg lahh comel...
tapi tapi tapi tapi....haaa,byk tapi tuu..kulit warna coklat2 cream2 tuu, tak boleh dimakan tauuu..
haaa..kena kopek lg...nii buah contoh kelapa laut yg ade jual kat supermarket..tapiii,cik tea tak jumpe lg pulakk kat supermarket kat tmpt cik tea nii..yg cik tea tahu, Singapore ade jual yg dah siap kopek mcm nii...haha,jauh nau..Singapore...yee tak yg jual mcm tuu...alarrr,kite kopek sendiri jee larr yee takk..exercise cket...kuikuikuikui...










ok2..testing2....lepas dahh kopek kulit dia yg cream2 tuu...taadaaaaaaa.....ni lahhh bentuk sebenar dia.....yg dalam mangkuk tuu,,yg jernih2 tuu,,,kena tgk betul2, kalau sekali pandang,mmg tak pasan buah ea...kann kann kann..kecik jee buah dia kann..kalau yg saiz buah kelapa laut paling besar pun, isi dalam dia ade 3 jee yg kecik2 tuu...kalau beli 1, mmg tak puehhh lahh jwb ea..hehehe...tak semua tempat ade jual buah special yg unik ni tauu...haaaa...kalau area rumah sesape yg ade jual kelapa laut ni, mmg untung lahh..byk sgt khasiat buah kelapa laut ni...sesuai utk semua peringkat umur lak tuu..xd alergik2 pun kalau mkn buah ni,xd pantang larang pun mcm sesetengah buah tempatan kann..so,tggu ape lg....cer try cari2 buah ni..n beli..baik sgt tau utk kesihatan..rugi tak cuba...tak salah mencuba utk kebaikan 1 family...nak tahu ape kebaikan2 dia dannnnnn nak tahu mcm mana cik tea buat teh boley buat TEH KELAPA LAUT dr buah kelapa niw...alar2 teh lipton gituu..ade uncang skali...pelik??haaa...... tgk lahh post yg akan dtg yeee..tungguuuuuuuu..............

Kebaikan-kebaikan kelapa laut

Kebaikan-kebaikan yang terdapat di 
dalam Buah Kelapa Laut



  •  ianya boleh mnengubati seseorang yang banyak hingus.. 

  •   Ia jugak boleh diguna untuk ubati bisul & melawaskan kencing..

  • Selain tu, ia jugak dapat mengurangkan panas badan & melegakan batuk..

  • Mengurangkan tahap gula dalam darah. Selalunya, memang khusus utk orang kencing manis.